resipi daging dendeng

Jika anda mencari resipi daging dendeng yang empuk dan tidak terlalu kering atau basah serta seimbang rasanya, ikutlah resipi perkongsian Cik Puan Noor Ashikin Saerah yang diilhamkan daripada perkongsian Khairulaming.

Hasilnya, mendapat tekstur daging yang cair dalam mulut. Hidangkan daging dendeng ini dengan nasi putih panas, bersama masak lemak putih labu dan bayam sebagai sayur sampingan.

Confirm puas hati!

Jom baca di bawah.

Baca lagi: Resipi Carrot Cake Gula Merah, Lembut & Wangi Untuk Santapan Keluarga

RESIPI DAGING DENDENG

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • Air secukupnya
  • ½ cawan kicap manis
  • 4 batang serai (2 diketuk dan 2 dicarik)
  • 2 cawan air rebusan daging
  • ½ cawan kicap manis
  • ½ cawan kicap masin
  • 4 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi merah (pilihan)
  • 10 ulas bawang kecil (untuk bawang goreng)

Bahan Kisar (*):

  • 12 ulas bawang kecil atau 4 labu bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 15 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:

1. Masukkan daging yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama air yang cukup untuk menutup daging.

2. Rebus daging sehingga empuk, kemudian keluarkan, biarkan sejuk, dan hiris nipis.

3. Tumbuk daging menggunakan lesung batu hingga menjadi lebih nipis. Simpan sedikit air rebusan daging.

4. Gaulkan daging yang telah ditumbuk dengan kicap manis. Perap seketika, lebih baik semalaman untuk rasa yang lebih meresap.

5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng daging yang telah diperap hingga sedikit kering. Angkat dan ketepikan.

6. Kisar bahan-bahan bertanda (*) hingga halus.

7. Panaskan lebihan minyak daripada gorengan daging tadi, dan tumis bahan kisar bersama serai hingga garing dan naik bau.

8. Masukkan air rebusan daging, kicap manis, kicap masin, dan daun limau purut. Biarkan masak hingga kuah berkurangan sehingga separuh isipadu asal.

9. Masukkan daging yang telah digoreng tadi serta cili padi (jika suka pedas).

10. Kacau rata dan biarkan kuah mengering mengikut kesukaan. Rasakan dengan garam jika perlu.

11. Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan kacau sebati.

Nota Tambahan:

  • Bawang goreng air fryer: Goreng bawang menggunakan air fryer pada suhu 120°C selama 15-17 minit, kacau setiap 5 minit.

Sumber: Noor Ashikin Saerah 

Baca lagi: Kari Ayam Kerisik, Kuah Pekat & Berlemak Herlok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN