Resepi Cek Mek Molek ini sangat mudah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat mudah untuk disediakan dan yang penting rasa dia sangat sedap.
Hanya guna 4 bahan untuk membuatnya, bahan pun mudah untuk didapati. Sesuai dimakan waktu sarapan atau minum petang.
Kalau ada yang cuba buat kuih legend ni, ikut saja resipi perkongsian oleh saudara Mohd Azmy di bawah. Selamat mencuba!
1. Ubi kuning yang sudah siap direbus. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2. Lenyek ubi menggunakan batu lesung sehingga lumat.
3. Letakkan tepung gandum dan baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tepung gandum jangan banyak, nanti keras.
4. Uli kesemuanya sehingga doh tidak melekit pada tangan.
5. Sediakan sedikit minyak supaya mudah nak menguli.
6. Cubit sedikit doh, leperkan dan letak 1 sudu kecil gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Ulang proses menguli sehingga doh habis.
9. Goreng cek mek sehingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Cek mek sedia untuk dihidang.
11. Hati-hati bila nak makan, sebab gula panas. Sebaiknya tunggu kuih sedikit sejuk.
Kredit: Mohd Azmy
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…