Spaghetti carbonara sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Tapi setiap kali nak masak spaghetti carbonara ni kena beli sos segera dalam kuantiti yang banyak. Kalau beli sikit, risau tak cukup pula.
Jadi apa kata jom buat sendiri sos carbonara ni, sekali buat dapat sekuali. Baru puas hati dapat makan. Lihat saja resipi hasil perkongsian oleh Arieza Rieza di bawah. Boleh cuba nanti ya!
1. Panaskan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan biarkan sehingga keperangan.
2. Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak. (kalau tak guna daging, boleh abaikan langkah ini)
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga keperangan sedikit.
4. Jika sudah agak kering, masukkan air dan kacau jangan sampai berketul.
5. Masukkan susu full cream. Kalau pekat, lebihkan susu.
6. Masukkan pula kesemua bahan lain. Pastikan cream cheese dikisar bersama sedikit air terlebih dahulu supaya kuah tidak berketul.
7. Kalau rasa sudah sedap mengikut selera, boleh tutup api.
8. Sedia untuk dihidang bersama spaghetti. Selamat mencuba!
Kredit: Arieza Rieza
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…