“Tak ada biskut yang boleh lawan biskut chocolate chip Famous Amos tu..”
Bila lalu sebelah kedai jual biskut, mesti akan terbeli sebab tergoda dengan baunya yang harum. Kalau tak beli, balik rumah pasti akan teringat-ingat! Tapi kalau asyik beli, harga boleh tahan mahal juga untuk satu bekas. Sekali makan, tak lama terus habis.
Apa kata jom buat sendiri ikut resipi Biskut Chocolate Chip oleh Myra Chaqkey ini. Memang senang sangat nak buat. Perlu gaul saja, tak perlu guna mixer. Rasanya juga rangup, lembut, tak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit coklat chip yang lazat.
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali coklat chip. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan chip coklat.
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar 20 minit suhu 150℃ guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Myra Chaqkey
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…