Teringin nak makan bingka tapi tiada stok ubi? Jangan risau, anda boleh cuba resipi bingka susu ini tanpa menggunakan ubi.
Resipi yang dikongsikan oleh Norhayati Basri ini sangat mudah dan senang untuk dicuba. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Jom cuba!
Resipi Bingka Susu Mudah & Sedap
Bahan A:
- 500ml fresh milk
- 300gm susu pekat manis
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 30gm gula pasir
- Secubit garam
Bahan B:
- 900ml air
- 100gm tepung kastad
- 200gm margerine atau pure butter kalau nak lagi lemak
Cara-cara:
- Semua bahan A sebatikan. Nak senang kisar guna blender. Siap dan ketepikan.
- Satukan air dan tepung kastad, kacau sebati dan dimasak atas dapur. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
- Kacau sampai meletup-letup. Baru masukkan adunan bahan A tadi. Kacau sehingga adunan tak bergentel. Masak sehingga adunan sedikit pekat.
- Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang 10 inci segi empat. Bakar selama 50 minit sehingga satu jam mengikut kesesuaian oven masing-masing. Taburkan bijan putih/hitam sebagai hiasan.
- Bila kuih dah sejuk, baru boleh dipotong.
Selamat mencuba!
Kredit: Norhayati Basri