Categories: Resipi

Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Hujung minggu nanti apa kata jom masak menu istimewa untuk seisi keluarga seperti resipi bihun soto ini.

Tengok gambar saja pun dah nampak menyelerakan, belum makan lagi ni. Confirm menambah!

Kalau ada nak cuba buat nanti, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.

RESIPI KUAH SUP

Bahan-bahan:

  • 3 sekawan
  • Sebatang serai yang diketuk
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu rempah sup Baba’s
  • Air
  • Beberapa ketul ayam tulang dan isi
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, serai dan bawang besar kuning.
  2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
  3. Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  5. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
  6. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.
  7. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
  8. Nak masukkan bebola daging pun boleh.
  9. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!

RESIPI BEGEDIL DAGING

Bahan-bahan:

  • 4 genggam ‘fries’ / 6 biji ubi kentang
  • 100 gram daging yang telah direbus (dileraikan)
  • 3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)
  • 1/4 biji cili benggala merah (diracik)
  • 1/4 biji cili benggala hijau (diracik)
  • 1/4 biji cili benggala kuning (diracik)
  • 2 inci carrot (dipotong kiub)
  • 4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)
  • 2 genggam bawang goreng

Cara-cara:

  1. Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
  2. Satukan semua bahan tadi dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
  3. Peraskan dengan 1/2 sudu besar serbuk lada sulah, secubit dua perasa knorr dan secubit serbuk lada hitam. Gaul rata.
  4. Pecahkan dua biji telur bersama bahan tadi. Gaul rata.
  5. Bulatkan begedil mengikut saiz yang disukai, padatkan.
  6. Dalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur dan kacau.
  7. Celup begedil yang dibulatkan tadi sepenuhnya dalam bancuhan telur.
  8. Goreng dalam minyak panas. Angkat setelah kuning keemasan.

RESIPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME

Bahan-bahan:

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • Kicap Jalen lemak manis
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair

Cara-cara:

  1. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, goreng seketika dua bahan ini.
  2. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
  3. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
  4. Tambahkan kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
  5. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
  6. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
  7. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Jangan lupa bahan pelengkap semua ni:

  • Sambal kicap meletopss
  • Bawang goreng
  • Suhun goreng
  • Serbuk lada sulah siam

Rahsia penting cikgu nak bagitahu tadi. Cikgu tak guna daun sup. Sebaliknya cikgu ganti dengan daun ketumbar. Daun bawang sekali. Wahhh rasa sup lagi naik. Tak caya cubalah buat nanti. Sedapp sungguh jadinya.

Tips Taugeh dan sawi jadi rangup:

Selepas dicelur seketika, rendam dalam air sejuk peti@ais sekejap untuk mematikan haba yang berbaki. Barulah toskan. Hasilnya nampak kan segar je sayur.

Ada bahan-bahan di bawah makinlah bertambah kesedapan soto kita nanti:

  • Fishcake
  • Fishball putih & kuning
  • Tauhu pok

Selamat mencuba!

Kredit: Afy Al Habibi

Nasiha

Recent Posts

Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…

8 hours ago

Chef Zam Kongsi Resipi Mi Segera Asam Laksa Yang Kaw, Buat 1 Bungkus Tak Cukup!

Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…

9 hours ago

Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…

9 hours ago

Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…

10 hours ago

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…

11 hours ago

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…

12 hours ago