resipi bakso

Malam-malam lapar tapi selera tak nak yang berat seperti nasi. Teringin pula yang bersup dan pedas. Jadi, ikut resipi bakso lah jawapannya!

Resipi bakso ini mudah sahaja. Bebola daging boleh sahaja guna yang ada di kedai. Pejam mata sahaja dah siap!

Ikut tekak melayu nak pedas, tambah sahaja cili padi ataupun sambal merah. Memang hirup hingga titisan akhir!

Jom baca resipi oleh Cik Puan Norliza Bahari melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Salad Kentang Lemak Berkrim, Yang Pastinya Cara Mudah Amat!

RESIPI BAKSO 

Bahan-Bahan:

  • Meatball (bebola daging)
  • Asam jawa
  • Buah keras (4 biji)*
  • Bawang merah (3 ulas)*
  • Bawang putih (3 ulas)*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Lada hitam (1 sudu)*
  • Bihun
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi
  • Kobis
  • Daun sup/daun bawang
  • Kicap ABC/cili sos
  • Bawang goreng

Cara-Cara:

1. Kisar bahan bertanda (*) iaitu bawang merah, bawang putih, buah keras, lada hitam, dan halia sehingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali.

3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.

4. Masukkan air ke dalam kuali bersama meatball.

5. Tambah garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih sehingga meatball menjadi lembut.

6. Setelah kuah mendidih dan bahan tumis sebati, bakso sudah siap untuk dihidangkan.

7. Hiris daun bawang dan kobis sebagai hiasan.

8. Letakkan bihun yang telah direbus dalam mangkuk.

9. Tuangkan kuah dan meatball di atas bihun.

10. Tambah cili sos, kicap manis, dan sambal cili jika suka. (Sambal cili boleh disediakan dengan mengisar cili padi merah, bawang putih, secukup rasa, dan air asam jawa hingga hancur).

bakso

Nota:

  • Sambal cili boleh disediakan dengan mengisar cili padi merah, bawang putih, secukup rasa, dan air asam jawa hingga hancur.

Terus tidur kekenyangan! Selamat mencuba.

Sumber: Norliza Bahari

Baca juga: Resipi Nasi Beriani Ayam Telur Rebus, Sedap Dan Wangi Semerbak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN