Pernah tak nampak orang jual ‘baked jacket potato’ di gerai tepi jalan? Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, caranya mudah saja! Resipi ini menggunakan kentang jenis Russet yang dibakar bersama kulit sehingga lembut, kemudian diisi dengan mentega, cream cheese, herba, daging kisar dan keju.
Menariknya, inti daging untuk resipi ini bukan menggunakan sos bolognese atau carbonara. Daging kisar dimasak ringkas bersama bawang, bawang putih, serbuk lada hitam dan paprika. Rasanya lebih berempah dan memang sesuai kalau suka inti yang savoury.
Walaupun nampak macam hidangan yang leceh, sebenarnya cara membuatnya cukup mudah. Lagi berbaloi kalau buat untuk ramai ahli keluarga sebab satu paket daging kisar boleh digunakan untuk beberapa biji kentang. Paling penting, makan sebiji pun dah cukup mengenyangkan!
Baca juga: Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya
Bahan untuk kentang:
Bahan untuk inti daging:
Bahan untuk inti kentang:
Cara-cara penyediaan:
Tip: Saiz kentang sangat mempengaruhi tempoh memasak. Jadi, cucuk bahagian tengah kentang dengan garpu atau lidi untuk pastikan isinya benar-benar lembut sebelum dibelah dan diisi.
Sumber: Syalfa Rina
Baca juga: Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!
Kedai makan yang ada persembahan 'busking' memang dah biasa kita jumpa. Tapi lain pula pengalaman…
Resepi bingka jagung bakar ini sesuai dicuba bagi yang suka kuih tradisional dengan rasa lemak…
Bawang putih antara bahan wajib dalam masakan, tetapi tahukah anda cara potong bawang putih boleh…
Sambal belacan yang sedap memang boleh buat selera makan bertambah, terutama apabila dimakan bersama nasi…
Hari-hari makan nasi, sesekali tukar selera dengan kuetiau ladna pun menarik juga. Hidangan ini sesuai…
Puding roti coklat ini sesuai untuk anda yang mahu menghabiskan lebihan roti sebelum tamat tempoh.…