Categories: Resipi

Tak Perlu Lauk Lain! Ayam Sambal Bawang Ini Buat Ramai Ketagih Nak Tambah Nasi

Ayam sambal bawang memang antara lauk paling mudah tapi rasanya boleh buat makan bertambah-tambah. Gabungan ayam goreng rangup dengan sambal bawang yang harum, pedas dan sedikit manis memang cukup menyelerakan. Sesuai sangat untuk menu harian bila tak tahu nak masak apa.

Resipi ini jenis ringkas tapi sedap, tak perlu bahan pelik-pelik pun. Semua bahan asas dapur sahaja, tapi hasilnya memang padu macam lauk di kedai makan. Kalau anda suka lauk pedas beraroma, sambal bawang ini memang kena cuba. Lagi nikmat bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Baca juga: Ayam Masak Merah Raya Jadi Rebutan, Wanita Ini Kongsi Resipi Ringkas Tapi Kuah Memang Padu

RESIPI AYAM SAMBAL BAWANG

Bahan ayam goreng:

  • Ayam
  • Garam
  • Kunyit serbuk

Bahan sambal:

  • Bawang besar 2 biji (mayang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan)
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia 1 hiris
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili kering 3–4 sudu besar
  • Daun pandan
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili padi hijau (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separa masak hingga sedikit keemasan. Ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering dan gula, kacau hingga pecah minyak.
  5. Tambahkan sos cili dan sedikit air, gaul rata.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati dengan sambal.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah digoreng dan cili padi hijau (jika suka pedas).
  9. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut, Cara Ini Lagi Ringkas Tapi Hasilnya Rasa Tetap ‘Kick’!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago