ayam masak merah raya

Setiap kali musim perayaan, antara menu yang wajib ada atas meja mestilah ayam masak merah raya. Lauk klasik ini memang terkenal dengan kuah merah berkilat, rasa manis pedas yang seimbang dan aroma rempah yang cukup menyelerakan.

Baru-baru ini, perkongsian daripada Siti Hajar di Facebook mencuri perhatian ramai apabila beliau menunjukkan hasil masakan ayam masak merah raya yang nampak sangat sedap walaupun menggunakan bahan-bahan yang ringkas.

Baca juga: 12 Resipi Menu Daging Simple Paling Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Haji, Ramai Cari Bila Dapat Daging Korban!

RESIPI AYAM MASAK MERAH RAYA

ayam masak merah raya

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.

2. Tumis bahan kisar bersama bunga lawang dan bunga cengkih sampai naik bau.

3. Masukkan cili boh dan masak lama sedikit sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan sos cili supaya kuah lebih cantik dan seimbang rasanya.

5. Masukkan nisang, daun pandan dan sedikit air asam jawa.

6. Perasakan dengan sedikit garam dan perasa mengikut citarasa.

7. Akhir sekali masukkan ayam goreng kunyit dan gaul hingga kuah menyelaputi ayam dengan sempurna.

Rahsia Kuah Ayam Masak Merah Raya Lagi Sedap

  • Penggunaan nisang membantu menjadikan kuah lebih lemak manis dan terasa lebih asli berbanding gula biasa.
  • Daun pandan pula menaikkan aroma masakan supaya ayam masak merah jadi lebih wangi dan menyelerakan.
  • Ayam yang digoreng kunyit terlebih dahulu membuatkan isi ayam lebih berperisa dan tidak mudah hancur ketika dimasak bersama kuah.
  • Masak cili boh sehingga pecah minyak penting untuk menghasilkan kuah yang lebih sedap, cantik dan tahan lama.
  • Tambahan sedikit asam jawa membantu seimbangkan rasa manis dan pedas supaya kuah tidak muak dimakan.

Bagi penggemar lauk klasik Melayu, resipi ini memang wajib masuk dalam senarai menu raya kerana cara penyediaannya mudah tetapi hasilnya memang nampak premium dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Hajar

Baca juga: Nasi Impit Kuah Kacang Mudah & Sedap, Resipi Lengkap Ini Sesuai Sangat Untuk Raya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN