resipi ayam sambal

Entri hari ini kami kongsikan resipi ayam sambal yang mesra untuk kanak-kanak. Rasanya lebih kepada masam dan manis serta sedikit ‘hint‘ pedas.

Bahan juga senang untuk didapati seperti bawang putih, sos cili, sos tomato dan cili kering kisar. Kami cadangkan anda untuk menggoreng telur sebagai lauk tambahan.

Memang nikmat yang tak terkata, jom tengok resipi di bawah.

Baca lagi: Cara Buat Kek Mille Crepe Coklat, Setiap Suapan Rasa Nikmat Sungguh!

RESIPI AYAM SAMBAL

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah besar
  • Halia
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Sos cili dan sos tomato
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan:

1.  Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan cili merah hingga halus.

3. Dalam minyak goreng ayam tadi, tumis bahan kisar bersama 2 sudu besar cili boh hingga naik bau dan pecah minyak.

4. Setelah sambal masak, masukkan 1 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tomato. Gaul rata.

5. Masukkan sedikit garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa. Jika suka kuah lebih, tambah sedikit air.

6. Kembalikan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam sambal. Tambah seulas bawang besar yang dihiris dan tomato ceri (jika suka). Gaul rata.

7. Akhir sekali, sesuaikan rasa dengan menambah lebih garam atau gula jika perlu.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Erni Suria

Baca lagi: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN