Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Lembap, Kuahnya Meresap & Tak Kering! Si Kecil Pun Makan Bertambah Nasi

Resipi Ayam Masak Lembap ini boleh jadi pilihan untuk ibu-ibu yang sedang mencari menu mesra kanak-kanak, terutamanya bagi anak yang sangat picky eater. Kalau si kecil hanya suka makan ayam, resipi ini boleh dicuba kerana menggunakan ayam dan kentang yang biasanya menjadi antara makanan kegemaran kanak-kanak.

Ayam digoreng bersama kunyit sehingga garing, manakala kentang juga digoreng terlebih dahulu supaya lebih sedap dan tidak mudah hancur ketika dimasak bersama kuah. Bahan-bahannya pula cukup ringkas dan mudah didapati di dapur.

Kuahnya pula mempunyai rasa masam, manis dan sedikit pedas daripada asam jawa dan gula. Untuk hidangan kanak-kanak, boleh kurangkan atau tidak masukkan cili padi mengikut kesesuaian. Hidangan ini sedap dinikmati bersama nasi putih panas dan sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau malam.

Baca juga: Resipi Spageti Ayam Creamy Truffle, Rasa Ala Kafe Tapi Buat Sendiri Je Di Rumah!

RESIPI AYAM MASAK LEMBAP

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong dan digoreng dengan kunyit
  • 4 biji kentang, dipotong dan digoreng dengan kunyit
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 sudu teh serbuk cukup rasa
  • Bawang merah, dihiris
  • Bawang putih, dihiris
  • Halia, dihiris
  • 4 sudu besar bawang kisar
  • 5-6 biji cili padi (optional)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh gula
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit, kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, goreng kentang yang telah dipotong dan digaul dengan kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bawang kisar, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa bersama 1-2 cawan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan.
  6. Masukkan gula, sos tiram, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
  7. Biarkan kuah mendidih.
  8. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.
  9. Masak selama 5-6 minit sehingga kuah meresap ke dalam ayam dan kentang.
  10. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Izzaty Akmar

Baca juga: Resipi Sup Ayam Sihat, Ayam Ditumis Dulu Sebelum Reneh Buat Kuah Lebih Beraroma

Izzati

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

8 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

8 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

8 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

9 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

9 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

10 hours ago