Categories: Resipi

Resipi Bakso Versi Mudah, Teknik Tumis 2 Kali Ini Buat Kuahnya Lebih Sedap & Beraroma

Cara masak bakso sebenarnya tidaklah susah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan bebola daging atau bakso yang sudah siap. Apa yang membuatkan kuahnya lebih beraroma ialah bahan tumis yang digoreng sehingga keperangan, kemudian dikisar halus sebelum ditumis sekali lagi.

Teknik ini menghasilkan kuah yang lebih wangi dan terasa rempahnya apabila dicampurkan dengan air rebusan. Tambahan pula, penggunaan kiub pati daging dan serbuk lada sulah menjadikan rasa kuah bakso lebih lengkap.

Bakso boleh dihidangkan begitu sahaja atau bersama bihun, sambal, daun bawang dan bawang goreng. Kalau teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba resipi kuah bakso simple ini.

Baca juga: Resepi Sup Ayam Jernih, Kuah Clear Tak Banyak Rempah Tapi Sedap Sampai Hirup Licin

CARA MASAK BAKSO RINGKAS TAPI SEDAP

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Batang daun bawang
  • Buah keras
  • Kiub pati daging
  • Garam dan perasa
  • Bebola daging atau bakso
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Serbuk lada sulah

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong kasar bawang merah, bawang putih, batang daun bawang dan buah keras.
  2. Goreng bahan yang dipotong tadi sehingga keperangan. Angkat dan kisar sehingga halus.
  3. Tumis semula bahan yang sudah dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Dalam periuk lain, didihkan air untuk kuah. Kemudian masukkan bahan tumis yang sudah pecah minyak.
  5. Masukkan garam, perasa, kiub pati daging dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan bebola daging atau bakso. Jika suka, belah bakso tanpa putus supaya kuah lebih mudah meresap.
  7. Biarkan kuah menggelegak dan bakso masak dengan sempurna.
  8. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
  9. Bakso siap dihidangkan bersama bihun dan sambal mengikut selera.

Sumber: Marlina Masrie

Baca juga: Resipi Kentang Ikan Bilis Dengan Petai & Terung, Lauk Legend Ini Memang Padu!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

17 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

17 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

18 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

18 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

19 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

19 hours ago