Resipi Ayam Masak Lembap ini boleh jadi pilihan untuk ibu-ibu yang sedang mencari menu mesra kanak-kanak, terutamanya bagi anak yang sangat picky eater. Kalau si kecil hanya suka makan ayam, resipi ini boleh dicuba kerana menggunakan ayam dan kentang yang biasanya menjadi antara makanan kegemaran kanak-kanak.
Ayam digoreng bersama kunyit sehingga garing, manakala kentang juga digoreng terlebih dahulu supaya lebih sedap dan tidak mudah hancur ketika dimasak bersama kuah. Bahan-bahannya pula cukup ringkas dan mudah didapati di dapur.
Kuahnya pula mempunyai rasa masam, manis dan sedikit pedas daripada asam jawa dan gula. Untuk hidangan kanak-kanak, boleh kurangkan atau tidak masukkan cili padi mengikut kesesuaian. Hidangan ini sedap dinikmati bersama nasi putih panas dan sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau malam.
Baca juga: Resipi Spageti Ayam Creamy Truffle, Rasa Ala Kafe Tapi Buat Sendiri Je Di Rumah!
RESIPI AYAM MASAK LEMBAP

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam, dipotong dan digoreng dengan kunyit
- 4 biji kentang, dipotong dan digoreng dengan kunyit
- 1 sudu besar asam jawa
- 2 sudu teh serbuk cukup rasa
- Bawang merah, dihiris
- Bawang putih, dihiris
- Halia, dihiris
- 4 sudu besar bawang kisar
- 5-6 biji cili padi (optional)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu teh gula
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara-cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit, kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, goreng kentang yang telah dipotong dan digaul dengan kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kurangkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang kisar, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan air asam jawa bersama 1-2 cawan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan.
- Masukkan gula, sos tiram, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
- Biarkan kuah mendidih.
- Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.
- Masak selama 5-6 minit sehingga kuah meresap ke dalam ayam dan kentang.
- Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
Sumber: Izzaty Akmar
Baca juga: Resipi Sup Ayam Sihat, Ayam Ditumis Dulu Sebelum Reneh Buat Kuah Lebih Beraroma
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

