ayam masak kunyit

Ayam masak kunyit tumis bawang putih antara menu lauk yang mudah disediakan tetapi tetap mampu buat selera makan bertambah. Dengan gabungan ayam berempah kunyit, aroma bawang putih yang wangi serta sayur-sayuran rangup, hidangan ini memang sesuai dijadikan lauk harian untuk keluarga.

Tak perlu pening fikir menu yang rumit, resipi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur. Ayam yang digoreng bersama kunyit kemudian digaul dengan tumisan bawang putih menghasilkan rasa yang cukup seimbang, sedikit pedas dan penuh aroma.

Lauk ini juga boleh disediakan dalam masa yang singkat, sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Makan pula bersama nasi putih panas, memang boleh buat bertambah selera! Cuba resipi ayam masak kunyit ini untuk menu ringkas yang pasti digemari seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang, Caranya Mudah Saja Tapi Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Kedai Mamak

RESIPI AYAM MASAK KUNYIT TUMIS BAWANG PUTIH

ayam masak kunyit

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Serbuk cili atau cili kering kisar (jika suka pedas)
  • Tepung jagung secukupnya
  • Bawang putih (dicincang)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Kacang buncis atau kacang panjang (dipotong)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Cili padi merah atau lada besar (dihiris)
  • Perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung dan sedikit perasa. Perapkan seketika supaya bahan lebih meresap.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak serta sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang holland, cili padi atau lada besar. Tumis seketika sehingga layu.
  5. Masukkan lobak merah dan kacang buncis. Kacau rata supaya sayur kekal rangup.
  6. Masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan bersama bahan tumisan.
  7. Tambah sedikit perasa mengikut citarasa. Kacau sebati dan tutup api.
  8. Ayam masak kunyit tumis bawang putih sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Angah Aisyah

Baca juga: Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN