Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan bersama nasi putih panas. Gabungan ayam goreng, rempah dan bawang goreng menghasilkan rasa yang cukup menyelerakan.

Keistimewaan resipi ini terletak pada penggunaan bawang besar yang digoreng sehingga keperangan sebelum dimasukkan semula ke dalam masakan. Bukan sahaja menambahkan rasa manis semula jadi, malah aroma bawang yang harum menjadikan lauk ini lebih istimewa.

Kuahnya pula menggunakan gabungan serbuk kari, serbuk cili dan beberapa jenis sos untuk menghasilkan rasa yang seimbang. Kalau suka lauk ayam yang berempah dengan kuah pekat dan bawang yang banyak, memang berbaloi untuk cuba resipi ini!

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Bali Ori, Rahsia Sambal Pekat Beraroma Bila Gabung 5 Bahan INI!

RESIPI AYAM MASAK BAWANG

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Rempah 3 sekawan
  • Daun pandan
  • Serbuk kari secukupnya
  • Serbuk cili secukupnya
  • Serbuk jintan manis secukupnya
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Kunyit secukupnya
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang telah dihiris sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
  2. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit sehingga sebati. Goreng ayam sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan rempah 3 sekawan bersama daun pandan dan bahan kisar yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih serta halia. Tumis sehingga masak dan naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk jintan manis. Tambahkan sedikit air dan tumis sehingga rempah pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Perasakan dengan garam serta bahan perasa secukupnya. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya kuah rempah menyaluti keseluruhan ayam dan meresap ke dalamnya.
  7. Akhir sekali, taburkan bawang goreng yang telah diketepikan tadi. Gaul sebentar dan tutup api.
  8. Ayam masak bawang sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Kalau suka rasa bawang yang lebih menyerlah, boleh tambahkan lagi bawang besar yang digoreng. Bawang yang keperangan memberikan rasa manis dan aroma yang lebih harum pada masakan.

Sumber: Khairin Nisa Mizzarin

Baca juga: Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!

Wan N

Recent Posts

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 minutes ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

11 minutes ago

Bosan Sarapan Roti Biasa? Cuba Resipi Roti Sardin Guna Sourdough, Tambah Keju Mozzarella!

Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…

1 hour ago

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

17 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

18 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

18 hours ago