Categories: Resipi

Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!

Resipi ayam madu versi berkuah ini sangat mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja. Hidangan ini juga sangat sesuai dipadankan dengan nasi kuning. Namun, dinikmati bersama nasi putih biasa pun tetap lazat!

Rasa kuah madunya hampir menyerupai hidangan di restoran mamak, tetapi secara keseluruhan, ia mengingatkan kita kepada ayam masak merah. Boleh dikatakan resipi ini merupakan gabungan cita rasa masakan mamak dan Melayu.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Baizura di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!

RESIPI AYAM MADU

Bahan A (kisar):

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 genggam cili kering (rebus dan tos terlebih dahulu)
  • Sedikit halia

Bahan B (tumis):

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (simpul)

Bahan C (lain-lain):

  • 4 sudu makan serbuk cili Babas
  • 1 cawan sos cili
  • Garam & ajinomoto (secukup rasa)
  • Gula (anggaran 700g sebagai ganti madu)
  • 2 ekor ayam (potong & goreng separuh masak)
  • Bijan (untuk tabur semasa hidang)

Cara-cara:

  1. Kisar bahan A (bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia) sehingga halus. Ketepikan.
  2. Tumis bahan B (kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan daun pandan) dalam minyak panas sehingga naik bau dan wangi.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Masak hingga bahan sedikit kering.
  4. Tambah 4 sudu makan serbuk cili. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan 1 cawan sos cili, garam, ajinomoto dan gula (anggaran 700g, bergantung pada tahap kemanisan yang diingini).
  6. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul rata dan biarkan ayam meresap kuah dalam api sederhana hingga pekat.
  8. Setelah masak, tutup api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.

Sumber: Noor Baizura

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

8 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

8 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

10 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

11 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

11 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

11 hours ago