Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Rangup Ini Buat Orang Ingat Beli Kat Kedai, Rupanya Masak Sendiri!

Kalau sebut resipi ayam goreng rangup, mesti ramai terbayang ayam goreng panas-panas yang bunyi krup krap bila digigit. Lagi best bila buat sendiri di rumah, tapi hasilnya macam beli di kedai!

Sebenarnya, nak dapat ayam goreng yang rangup di luar dan juicy di dalam bukan susah mana pun. Rahsianya terletak pada teknik brine dan cara salut tepung. Bila ikut cara betul, isi ayam tak kering, malah penuh rasa sampai ke tulang.

Resipi ini memang sesuai untuk menu harian atau hidangan bila ada tetamu datang. Senang, bahan pun ringkas, tapi hasilnya memang buat orang teruja sampai ingat beli dari kedai luar!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu!

RESIPI AYAM GORENG RANGUP & JUICY DI DALAM

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong sederhana)
  • Cili kering (dikisar)
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air
  • 1 biji telur
  • Tepung ayam goreng segera (contoh: tepung bestari perisa bawang putih atau ikut cita rasa)
  • Tepung gandum (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam ayam dalam air garam selama 1 jam. Teknik ini dipanggil brine, yang membantu ayam jadi lebih juicy dan berperisa sampai ke dalam.
  2. Selepas itu, bilas ayam untuk buang lebihan garam supaya tidak terlalu masin.
  3. Gaulkan ayam dengan cili kering kisar, perasa, telur dan tepung ayam goreng. Tambah sedikit tepung gandum jika perlu. Pastikan adunan menjadi sedikit basah dan melekat elok pada ayam.
  4. Masukkan ayam ke dalam tepung Bestari kering. Tutup bekas (contoh bekas aiskrim) dan goncang hingga ayam bersalut rata.
  5. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Goreng ayam sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: CikPuan Nafisa

Baca juga: Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!

Wan N

Recent Posts

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

2 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

4 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

4 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

5 hours ago

JUICE Best Of 2026 Kembali, Kini Orang Ramai Boleh Undi Artis, DJ Dan Jenama Fesyen Pilihan!

Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…

5 hours ago

Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…

5 hours ago