
Kalau sebut resipi ayam goreng rangup, mesti ramai terbayang ayam goreng panas-panas yang bunyi krup krap bila digigit. Lagi best bila buat sendiri di rumah, tapi hasilnya macam beli di kedai!
Sebenarnya, nak dapat ayam goreng yang rangup di luar dan juicy di dalam bukan susah mana pun. Rahsianya terletak pada teknik brine dan cara salut tepung. Bila ikut cara betul, isi ayam tak kering, malah penuh rasa sampai ke tulang.
Resipi ini memang sesuai untuk menu harian atau hidangan bila ada tetamu datang. Senang, bahan pun ringkas, tapi hasilnya memang buat orang teruja sampai ingat beli dari kedai luar!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu!
RESIPI AYAM GORENG RANGUP & JUICY DI DALAM

Bahan-bahan:
- Ayam (dipotong sederhana)
- Cili kering (dikisar)
- Serbuk perasa secukupnya
- Garam secukupnya
- Sedikit air
- 1 biji telur
- Tepung ayam goreng segera (contoh: tepung bestari perisa bawang putih atau ikut cita rasa)
- Tepung gandum (optional)
Cara-cara penyediaan:
- Rendam ayam dalam air garam selama 1 jam. Teknik ini dipanggil brine, yang membantu ayam jadi lebih juicy dan berperisa sampai ke dalam.
- Selepas itu, bilas ayam untuk buang lebihan garam supaya tidak terlalu masin.
- Gaulkan ayam dengan cili kering kisar, perasa, telur dan tepung ayam goreng. Tambah sedikit tepung gandum jika perlu. Pastikan adunan menjadi sedikit basah dan melekat elok pada ayam.
- Masukkan ayam ke dalam tepung Bestari kering. Tutup bekas (contoh bekas aiskrim) dan goncang hingga ayam bersalut rata.
- Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Goreng ayam sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
Sumber: CikPuan Nafisa
Baca juga: Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














