Jom buat ayam goreng guna tepung homemade guna bahan yang ada di dapur saja. Boleh la guna cara ini bila tepung ayam segera kehabisan stok.
Rasanya juga sangat sedap, rangup di luar dan berjus di dalam. Tak rugi kalau cuba! Lihat cara-caranya di bawah.
Cara Buat Ayam Goreng Guna Tepung Homemade
Bahan-bahan:
- Ayam (terpulang banyak mana)
- Garam
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
Cara-cara:
- Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Ketepikan.
Bahan tepung:
- 4 sudu besar tepung gandum (bergantung jumlah ayam)
- Secubit soda bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)
- Garam secukup rasa
- Telur
Cara-cara membuatnya:
1. Campur semua bahan kecuali telur dan gaul sebati.
2. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau.
3. Celup ayam dalam telur.
4. Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.
5. Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.
6. Mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Elis Aziz