kenny rogers

Ada tak penggemar ayam bakar kat sini? Kalau ada, jom kita cuba resepi ayam bakar ala Kenny Rogers hari ni.

Fuh! Confirm bertambah nași dibuatnya!

Resepi ni memang mudah sangat nak buat ye. Yang penting jimat duit poket dari makan kat Kenny Rogers.

Baca juga: Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng, Sedap Rupanya!

Memang tak murah la kalau nak makan kat situ kan, lebih elok follow resepi ni je. Dapat jugak la lunaskan craving.

Resepi ayam bakar ala Kenny Rogers ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Pooja.

Jom kita memasak~

Resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih)
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 sudu besar pati oren Sunquick*
  • 1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam*
  • 3 sudu besar butter cair*
  • 1 biji ubi kentang (rebus empuk)*
  • 1 kiub pati ayam*
  • Garam*
  • 2 sudu besae gula pasir*
  • Kentang (optional)
  • Brokoli (optional)
  • Tomato ceri (optional)

Cara-cara memasaknya:

1. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air. Suku cawan air je.

2. Dah kisar semua, perap kan dengan ayam. Perap 2 jam sebelum bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

3. Kemudian, bakar ayam dengan sayur optional tadi pada suhu 200C selama 45 minit atau sampai masak. Guna api atas bawah atau ikut pada oven masing-masing. Siap!


Wow! Mudah je kan. Untuk yang suka makan sayur-sayuran, boleh masak sekali brokoli, tomato curry dan kentang bila nak bakar ayam nanti. Lengkapkan dengan sayur-sayuran baru la perfect kan.

Selamat mencuba semua!


Sumber: Cik Pooja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN