Categories: Resipi

Resipi Asam Pedas Ikan Siakap Ala Nyonya, Kuah Pekat Makan Dengan Nasi Panas… Memang Tak Toleh Kiri Kanan!

Asam pedas nyonya antara menu yang cukup menggoda selera, lebih-lebih lagi apabila kuahnya dimasak pekat dengan cili dan rempah yang cukup. Bila digandingkan pula dengan ikan siakap, bunga kantan, daun kesum dan bendi, memang susah nak berhenti makan.

Untuk yang gemarkan lauk berkuah pedas dan beraroma, resipi asam pedas ala Nyonya ini boleh dicuba. Rahsianya terletak pada bahan kisar yang perlu ditumis lama menggunakan api perlahan sehingga betul-betul pecah minyak dan mengeluarkan warna merah yang cantik.

Bila kuah sudah mendidih dan ikan masak sempurna, masukkan pula bendi serta daun kesum. Hidangkan bersama nasi putih panas-panas, memang boleh bertambah nasi dibuatnya!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Halia Limau, Campurkan Saja Semua Bahan Ini Dalam Kuali!

REEPI ASAM PEDAS NYONYA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap, dipotong kepada 5–6 keping
  • 1 tangkai bunga kantan (dibelah dua)
  • Sedikit daun kesum
  • 2–3 keping asam keping
  • 1 kiub ikan bilis
  • 8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato (jika suka)
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan kisar:

  • 5 sudu besar cili kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai (ambil bahagian lembut)
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • Sedikit belacan (boleh ditinggalkan jika tidak sesuai)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis menggunakan api perlahan.
  2. Tumis sambil dikacau selalu sehingga bahan kisar benar-benar pecah minyak dan berubah warna daripada kuning kemerahan kepada merah yang lebih pekat dan menyala. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa, tetapi penting untuk mendapatkan kuah asam pedas yang lebih sedap dan tidak berbau mentah.
  3. Setelah rempah masak dan naik bau, masukkan bunga kantan. Kacau seketika.
  4. Kemudian, masukkan asam keping, kiub ikan bilis, ikan siakap dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  5. Perasakan dengan garam. Biarkan kuah mendidih sehingga ikan hampir masak.
  6. Masukkan kacang bendi dan daun kesum. Jika suka, boleh masukkan tomato yang dipotong.
  7. Biarkan asam pedas mendidih selama 2–3 minit lagi sehingga sayur masak dan kuah sebati.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Resipi Sup Ikan Tom Kha Ala Thai, Kuah Santan Wangi & Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Minyak Stroke Guna 3 Bahan Dapur, Nak Guna Tinggal Sapu & Ratakan Saja

Minyak stroke ini dikongsikan menggunakan hanya tiga bahan yang mudah didapati iaitu minyak kelapa, buah…

1 hour ago

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan…

2 hours ago

Masam-Masam Manja! Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Ini Memang Buat Bertambah Nasi

Resipi tenggiri masak cuka ini boleh menjadi pilihan bagi anda yang menggemari hidangan dengan rasa…

2 hours ago

Resepi Asam Laksa Sardin, Cara Paling Mudah Bila Mengidam Kuah Laksa Yang Masam Pedas

Bila teringin makan asam laksa tetapi tak mahu bersusah payah merebus ikan segar, resepi asam…

3 hours ago

Cara Buat Puding Caramel Tanpa Telur, Buat Suka-Suka Tak Sangka Ramai Pula Yang Order!

Nak tahu cara buat puding caramel tanpa telur yang mudah dan sesuai untuk pencuci mulut…

4 hours ago

Masak Lemak Ayam Sedap Versi Tumis, Cara Ini Buat Kuah Lebih Wangi Dan Menyelerakan

Kalau mencari masak lemak ayam sedap untuk menu makan tengah hari, boleh cuba versi tumis…

5 hours ago