Categories: Resipi

Resipi French Apple Tart Guna 4 Bahan, Gabungan Rasa Masam & Manis Memang Umph!

Rupanya tak susah mana kalau anda nak cuba buat pencuci mulut western yang sedap seperti French Apple Tart ini.

Cara membuatnya hanya memerlukan 4 bahan mudah iaitu roti canai segera, gula perang, epal hijau dan marjerin.

Gabungan rasa masam buah epal dan manis gula karamel sangat sedap dan sesuai. Penggemar dessert memang wajib cuba!

Baca juga: Resipi Kek Marble Jelita Paling Sedap & Mudah, Ada 1 Bahan RAHSIA Wajib Letak

RESIPI FRENCH APPLE TART 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti canai instant
  • 1/2 cawan gula perang atau gula pasir (80 gram)
  • 3 ke 4 biji epal hijau (masam)
  • 1 sudu setengah majerin atau butter (35 gram)

Cara-cara:

1. Kupas kulit epal hijau dan buang bahagian tengah dan belah kepada dua bahagian. Ketepikan.

2. Dalam kuali, masukkan gula perang. Panaskan sehingga gula cair.

3. Bila gula dah cair, masukkan butter. Gaul sehingga sebati dan jadi seperti dalam gambar.

4. Ambil loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Tuang gula karamel tadi dan ratakan. Kemudian ambil epal tadi dan susun di atas gula karamel.

5. Ambil roti canai segera, hamparkan ke atas epal. Buat sebanyak dua lapisan. Kemaskan sehingga tertutup rata.

6. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit. Kemudian baru boleh bakar apple tart selama 20 minit hingga 30 minit.

7. Terbalikkan loyang ke dalam pinggan. Letakkan juga aiskrim vanilla di bahagian atas, sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Video penuh:

@chesayang_kitchen

Episod 140 | Resepi French Apple Tart 4 Bahan | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 – 2 keping roti canai instant – 1/2 cawan gula perang atau gula pasir (80 gram) – 3 ke 4 biji epal hijau (masam) – 1 sudu setengah majerin atau butter (35 gram) Nota : Panaskan oven 180 celcius 5 minit sebelum masukkan tart dan bakar 180 celcius, 20-30 minit. Maintain suhu dan masa yang sama jika guna airfryer Selamat mencuba 😁 #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #appletart #dessert #longervideos

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Kredit: TikTok Che Sayang Kitchen

Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago