resipi apam nasi

Biasanya resipi apam nasi dibuat menggunakan loyang atau dulang besar sebelum dipotong, namun kali ini ia dibuat menggunakan acuan bunga ros supaya lebih cantik dan sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau majlis kecil.

Apam nasi kampung ini antara kuih tradisional yang sentiasa digemari kerana teksturnya yang lembut, gebu dan rasa lemak manis yang sederhana. Gabungan apam nasi yang lembut dengan kelapa parut yang sedikit masin pula memang membangkitkan selera.

Baca juga: Resipi Apam Bunga Gebu & Lembut, Guna 3 Bahan Saja Boleh Jadi Secantik Ini!

RESIPI APAM NASI SUKATAN CAWAN

resipi apam nasi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih
  • 3 cawan air
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 paket yis segera (mauripan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan nasi putih dan air ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga benar-benar halus.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis segera ke dalam bahan kisaran tadi. Kisar sekali lagi sehingga adunan sebati dan licin.
  3. Perap adunan selama 40 minit hingga 1 jam, sehingga adunan naik dan berbuih halus.
  4. Setelah adunan naik, kacau perlahan untuk membuang gelembung udara supaya tekstur apam lebih cantik.
  5. Sapu acuan bunga ros dengan sedikit minyak agar apam tidak melekat.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak sepenuhnya.
  7. Setelah masak, buka penutup pengukus seketika untuk mengeringkan air di permukaan apam supaya tidak lembap.

Cara penyediaan kelapa parut:

  1. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam, kemudian kukus selama kira-kira 5 minit. Cara ini membantu kelapa tahan lebih lama dan tidak cepat basi.

Tip tambahan: Gunakan nasi yang tidak terlalu lembik untuk mendapatkan tekstur apam yang lebih gebu. Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus bagi memastikan apam naik cantik dan tidak bantat.

Apam nasi kampung ini paling sedap dinikmati ketika masih suam bersama kelapa parut. Sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan, minum petang atau kuih tradisional untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Apam Pisang Coklat Chip Guna Blender, Nak Hasil Gebu Gebas Ada Petuanya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN