cara buat apam pisang

Kalau nak menikmati pencuci mulut yang mudah tapi tetap sedap, jom cuba cara buat apam pisang chocolate chip ini. Semua bahan hanya perlu dikisar, jadi kerja menjadi lebih cepat dan mudah.

Biasanya orang menggunakan pisang berangan, tapi pisang emas juga boleh digunakan. Rasanya tetap sedap, cuma pisang emas lebih manis, jadi boleh kurangkan sedikit gula mengikut cita rasa.

Baca juga: Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan!

CARA BUAT APAM PISANG COKLAT CHIP

cara buat apam pisang

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu baking powder
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu susu pekat manis
  • 1 cawan pisang dilenyek (guna pisang emas atau berangan)
  • 2 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • Chocolate chip secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapu sedikit minyak pada acuan supaya adunan tidak melekat.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali pisang. Kisar sehingga sebati.
  3. Kemudian baru masukkan pisang yang telah dilenyek dan kisar sekejap sahaja hingga sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
  5. Taburkan chocolate chip di atas adunan jika suka.
  6. Kukus sehingga masak sepenuhnya.

Tip tambahan:

  • Jika menggunakan pisang emas yang manis, kurangkan sukatan gula untuk mengelakkan terlalu manis.
  • Jangan kisar pisang terlalu lama supaya tekstur apam tidak terlalu cair.

Sumber: Aziey Mazalan

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN