resepi apam bunga

Selalunya kita hanya biasa lihat orang buat apam mekar yang biasa, tetapi kali ini jom buat kelainan sedikit dengan mencuba resepi apam bunga yang mempunyai corak berwarna-warni di atas permukaannya.

Resipi apam bunga ini bukan sahaja menarik dari segi rupa parasnya, malah ia sangat sesuai untuk anda yang mahu berjimat kerana bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas.

Walaupun nampak seperti memerlukan kemahiran yang tinggi, anda jangan risau kerana proses menyediakannya sangat mesra pengguna terutama bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak di dapur.

Baca juga: Resepi Apam Nasi Mudah Tanpa Tepung Gandum, Hasil Lembut Dan Gebu!

RESEPI APAM BUNGA 3 BAHAN

resepi apam bunga

Bahan-bahan:

  • 250g tepung spongemix
  • 3 biji telur
  • Esen vanilla

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung spongemix, telur dan esen vanilla ke dalam mesin pengisar. Putar semua bahan menggunakan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, pekat dan betul-betul gebu.
  2. Ambil sedikit adunan dan bahagikan ke dalam bekas kecil untuk diletakkan pewarna pilihan anda. Dalam resipi ini, warna ungu dan jingga digunakan untuk membentuk kelopak bunga.
  3. Isikan adunan putih ke dalam acuan apam sehingga hampir penuh. Kemudian, picitkan sedikit adunan berwarna di atasnya mengikut kreativiti anda untuk membentuk corak bunga yang cantik.
  4. Panaskan air pengukus sehingga mendidih terlebih dahulu. Kukus apam selama kira-kira 10 hingga 15 minit menggunakan api sederhana. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak jatuh ke atas apam anda.

Sumber: Nisa Kitchen ApamcomelSandakan

Baca juga: Apam Gula Hangus Yang Lembut & Gebu Macam Span, Resipi Mudah Yang Confirm Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN