Sebut saja Aiskrim Malaysia, pasti ramai yang terbayang kesedapannya. Manis, lemak berkrim disukai ramai. Mana tidaknya dengan pelbagai pilihan rasa pasti memenuhi selera ramai.
Bukan sahaja anak-anak kecil, orang dewasa juga sukakannya. Jika dahulu, perisa utamanya cumalah asam boi, milo, bandung dan sebagainya. Tapi kini terdapat dalam pelbagai rasa sesuai peredaran zaman.
Seperti yang tular sekarang, seorang pengguna di laman sosial Facebook berkongsikan resipi Aiskrim Soda Sakura yang unik dan kreatif. Aiskrim ini merupakan kombinasi air laici dan air aiskrim soda.
Bukan itu saja, rupa aiskrim ini juga cantik kerana di dalamnya mempunyai laici yang telah diletakkan beberapa pewarna menarik. Jom cuba resipinya di bawah.
1. Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.
2. Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.
3. Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik.
4. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.
Kredit: Novelis Affieyza Isahak
Cara membuat nasi lemak ini amat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk…
Kuih Badak Berendam ini sangat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Malah,…
Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…
Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…
Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…
Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…