Air susu campur halia merupakan antara minuman ringkas yang boleh diamalkan apabila badan rasa tidak sedap, lenguh-lenguh atau seperti banyak angin. Gabungan susu yang berlemak dengan rasa hangat daripada halia menjadikan minuman ini sesuai diminum ketika badan terasa kurang selesa.
Kadang-kadang selepas makan makanan tertentu seperti pulut, lemang atau makanan yang mengenyangkan, ada yang mula rasa perut tidak selesa, susah nak sendawa, badan terasa berat dan cepat letih. Sebab itu ramai memilih minuman panas seperti susu halia sebagai salah satu petua tradisional untuk memberikan rasa lega.
Cara buat air susu buang angin ini pun sangat mudah kerana hanya memerlukan dua bahan utama iaitu susu dan halia. Tidak perlu campuran rempah yang banyak, cuma hiris halia dan reneh bersama susu sehingga sebati.
Baca juga: Cara Rebus Telur Supaya Kulit Tak Melekat & Senang Dikopek, Tak Perlu Letak Cuka Atau Garam Pun!
Antara tanda yang sering dikaitkan dengan badan rasa berangin atau tidak selesa termasuk:
Namun, jika mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan atau serius, sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor.
Bahan-bahan:
Nota: Jika suka rasa halia yang lebih kuat dan pedas, boleh tambah sedikit lagi halia. Untuk wanita mengandung atau menyusu, gunakan halia dalam kuantiti sederhana.
Cara-cara penyediaan:
Air susu halia ini boleh dinikmati pada waktu pagi atau malam mengikut kesesuaian. Ramai yang mengamalkannya apabila badan terasa lenguh, sengal atau selepas makan makanan yang membuatkan perut rasa kurang selesa.
Dengan bahan yang mudah didapati di dapur, minuman tradisional ini memang sesuai dijadikan pilihan apabila badan memerlukan minuman hangat yang menyegarkan.
Sumber: Nurul Diana
Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Goreng Dengan Satu Bahan Rahsia, Hasilnya Isi Ayam Lebih Lembut Berjus
Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…
Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…
Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…
Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…
Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…
Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…