
Ayam goreng yang keras dan kering memang boleh menjejaskan selera. Jika anda sedang mencari cara lembutkan ayam goreng yang mudah dan murah, ada satu petua yang dikongsikan oleh Nurzarini Ismail yang mungkin boleh dicuba.
Menariknya, petua ini hanya menggunakan bahan yang biasa ada di dapur dan tidak memerlukan teknik memasak yang rumit. Hasilnya, isi ayam menjadi lebih lembut dan berjus selepas digoreng.
Baca juga: Tips Suhun Tak Serap Kuah, Ini Cara Mudah Elak Sup Cepat Kering Walaupun Dah Lama Dihidang
CARA LEMBUTKAN AYAM GORENG GUNA SUSU

Menurut perkongsian tersebut, ayam hanya perlu direndam dalam larutan susu selama kira-kira 15 minit sebelum diperap dan digoreng seperti biasa.
Nurzarini turut mencuba tiga jenis susu iaitu susu segar, susu tepung dan susu pekat untuk melihat perbezaan hasilnya.
1. Susu Segar
Ayam menjadi lebih lembut dan juicy, namun terdapat sedikit rasa masam selepas digoreng.
2. Susu Tepung
Campurkan satu sudu besar susu tepung dengan setengah cawan air sebelum digunakan untuk merendam ayam. Hasilnya, isi ayam menjadi lembut dan berjus tanpa mengubah rasa asal ayam.
3. Susu Pekat
Satu sudu susu pekat dilarutkan dalam setengah cawan air dan digunakan untuk merendam ayam selama 15 minit.
Menurut beliau, kaedah ini memberikan hasil yang paling memuaskan kerana isi ayam kekal lembut, juicy dan rasa ayam tidak berubah selepas digoreng.

Cara Ringkas Nak Cuba
- Campurkan satu sudu susu pekat dengan setengah cawan air.
- Rendam ayam selama 15 minit.
- Toskan ayam.
- Gaulkan dengan kunyit, garam atau perapan pilihan.
- Goreng sehingga masak.
Pilihan Paling Jimat
Daripada ketiga-tiga jenis susu yang dicuba, Nurzarini lebih memilih susu pekat kerana lebih murah, mudah didapati dan memberikan hasil yang memuaskan.
Jika anda mahu mencuba cara lembutkan ayam goreng yang mudah di rumah, petua rendaman susu pekat selama 15 minit ini mungkin boleh membantu menghasilkan ayam goreng yang lebih lembut, berjus dan sedap setiap kali dimasak.
Semoga bermanfaat!
Sumber: nurzariniismail.com
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














