
Nak makan Lemang tapi tak sempat beli di luar, jangan risau kerana anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Lemang Kukus yang mudah menggunakan cawan kertas ini.
Lemang merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular pada Hari Raya dan dimasak menggunakan beras pulut bersama santan di dalam buluh.
Tak dinafikan bahawa Lemang sering dapat permintaan tinggi pada Hari Raya kerana cara memasaknya yang agak rumit. Namun, ada cara menarik untuk anda buat sendiri di rumah.
Ramai tertarik dengan perkongsian resepi Lemang Kukus oleh Nur Masri di Facebook kerana cara membuatnya sangat mudah menggunakan cawan kertas saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!
RESEPI LEMANG KUKUS CAWAN

Bahan-bahan:
- 2kg pulut susu
- 3 biji kelapa
- Daun pisang
- Cawan kertas
- Garam
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam pulut susu selama 4 jam.
2. Kemudian, ambil santan daripada kelapa dan campurkan dengan garam supaya berlemak.
3. Selepas itu, masukkan daun pisang ke dalam setiap cawan kertas yang nak digunakan.
4. Isi 5 sudu besar beras pulut ke dalam setiap cawan kertas, tapi tak perlu padatkan.

5. Seterusnya, isi santan pula dan pastikan ia lebih sedikit dari paras beras pulut.
6. Kemudian, susun cawan kertas ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam setengah.

7. Setelah siap dikukus, lipat lebihan daun pisang ke bawah dan tekan-tekan sedikit bahagian atas pulut bagi rata, kemudian boleh potong. Siap untuk dihidang!
Setelah buat resepi Lemang Kukus ini, anda boleh sajikan dengan hidangan lain seperti rendang, ayam masak merah dan banyak lagi. Makan bersama keluarga, pasti lebih meriah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













