Categories: Resipi

Resipi Air Pink Guava Laici Asam Boi Untuk Berbuka, Campuran Manis & Masam Yang Menyegarkan

Bila bulan Ramadan tiba, minuman sejuk dan menyegarkan memang jadi kegemaran untuk berbuka. Salah satu pilihan yang popular ialah Air Pink Guava Laici Asam Boi.

Gabungan guava merah yang manis, asam boi, serbuk asam dan buah laici memberikan rasa yang manis, masam dan segar. Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sesuai untuk seisi keluarga.

Minuman ini juga boleh disesuaikan dengan kepekatan rasa dan tahap manis atau masam mengikut cita rasa sendiri. Sesuai untuk dijadikan menu berbuka yang cepat dan menyegarkan.

Jika anda mahu cuba sesuatu yang lain daripada air sirap atau air teh biasa, resipi air ini memang pilihan tepat untuk berbuka puasa nanti.

Baca juga: Air Mangga Homemade Segar & Manis Cukup Rasa, Sekali Minum Pasti Nak Lagi!

RESIPI AIR PINK GUAVA LAICI ASAM BOI

Bahan-bahan:

  • 1 kotak Peel Fresh pink guava
  • 5 biji asam boi
  • 1 sudu besar serbuk asam
  • Setengah tin buah dan air laici (tin)
  • Ais secukupnya (ikut kepekatan dan cita rasa sendiri)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air pink guava, asam boi dan serbuk asam ke dalam jug atau bekas minuman.
  2. Tambahkan air dan buah laici, kacau perlahan supaya buah tidak hancur.
  3. Masukkan ais Secukupnya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
  4. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan segera untuk kesegaran maksimum.

Sumber: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: Rupanya Boleh Buat Air Mojito Versi Halal, Ini Resipi Jimat Sempoi Untuk Berbuka Bersama Keluarga

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago