Ustaz dedah cara ikhtiar hamil, boleh cuba resipi air kelapa bakar ini. Dalam usaha mendapatkan cahaya mata, pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri.
Yang paling penting, pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti masalah dalaman yang dihadapi. Kemudian, dapatkan nasihat pakar mengenai status kesihatan yang harus dijaga.
Baca juga: Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!
Namun, rawatan secara tradisional juga turut diamalkan sesetengah pasangan dalam usaha ikhtiar hamil.
Katanya petua tersebut dikongsikan oleh salah seorang ustaz dan tidak salah untuk mencubanya. Walau bagaimanapun, jangan letak harapan terlalu tinggi kerana risau akan dikategorikan sebagai syirik.
RESIPI AIR KELAPA BAKAR
Air kelapa bakar adalah air yang diperoleh dari kelapa yang dipanggang atau dibakar sebelum dibuka. Proses pembakaran ini dapat memberikan rasa dan aroma yang khas pada air kelapa.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sebiji kelapa
- Garam
- Lada hitam
- Serai
Cara-caranya:
1. Letakkan buah kelapa di atas dapur gas tanpa membuka api.
2. Kemudian letakkan secubit garam dan 8 hingga 10 biji lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.
3. Letak 3 batang serai dan terus buka api. Pastikan serai tersebut dipotong panjang agar mudah untuk dikacau seperti di dalam video.
4. Masa buka api ini akan ada bunyi meletup, jangan risau. Biarkan kelapa tersebut dibakar selama 20 minit.
5. Selepas 20 minit, sedia untuk diminum. Suami dan isteri boleh sama-sama amalkan.
Video penuh:
@sabbyna_railme Saya sharekan cara buat kelapa bakar yang diajar oleh seorg ustaz yg dh berjaya tolong wanita TTC hamil. Ini hanya ikhtiar shj..Selebihnya kita berserah kpd Allah. Moga wanita TTC diluar sana yg cuba ikhtiar ni dikurniakan zuriat suatu hari nanti.Aminn #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryourpage #foryourpagetiktok #ttcjourney #ikhtiarhamil #pejuanggarisdua #kelapabakariktiarhamil
Khasiat Air Kelapa Bakar:
1. Hidrasi: Air kelapa mengandungi banyak air dan elektrolit, seperti kalium, natrium, dan magnesium, yang dapat membantu dalam hidrasi tubuh. Ini sangat bermanfaat setelah berolahraga atau dalam cuaca panas.
2. Sumber Nutrisi: Air kelapa mengandung nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin B-complex, dan mineral seperti kalium. Vitamin C adalah antioksidan yang baik untuk sistem kekebalan tubuh.
3. Pemulihan Elektrolit: Elektrolit dalam air kelapa, khususnya kalium, dapat membantu menggantikan elektrolit yang hilang ketika sedang aktif.
4. Pemulihan Cepat: Kerana kandungan elektrolit dan nutrisinya, air kelapa membantu untuk pemulihan cepat setelah sakit atau dehidrasi.
5. Pencernaan: Air kelapa mengandungi serat yang dapat membantu dalam pencernaan yang sihat.
6. Rasa Segar: Meskipun air kelapa bakar mungkin memiliki rasa dan aroma yang lebih khas, banyak orang menganggapnya sebagai minuman yang menyegarkan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok @sabbyna_railme
Baca juga: Serunding Kelapa Cara Mudah Dan Sedap, Orang Bujang Pun Boleh Buat Sendiri