
Cuaca panas memang nikmat jika dapat makan pencuci mulut yang sejuk dan lembut. Apa kata hari ini anda cuba buat Puding Susu Gula Melaka, mesti keluarga puji melambung nanti.
Selain rasanya yang lemak manis, puding ini juga menarik kerana teksturnya halus dan lembut. Siram dengan gula melaka suam-suam atau sejuk, lebih terasa kenikmatannya.
Perkongsian video oleh mill.anwar di TikTok tentang resipi Puding Susu Gula Melaka kelihatan sungguh menyelerakan sampaikan ramai mengidam dibuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Puding Karamel Tanpa Kukus & Tak Perlu Guna Telur, Lembut & Gebu Kejadiannya!
RESIPI PUDING SUSU GULA MELAKA

Bahan-bahan puding susu:
- 1 tin susu cair
- ½ cawan susu full cream
- ½ cawan air
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 pek serbuk agar-agar
Cara-cara membuat:
1. Campurkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Kacau sampai sebati dan biarkan mendidih seketika.
3. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
4, Tuang ke dalam acuan pilihan.
5. Sejukkan selama 2 hingga 3 jam di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan air gula melaka:
- 1 ketul gula melaka
- 200 hingga 250ml air
- Daun pandan
- Secubit garam
Cara-cara membuat:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak sampai gula melaka cair dan mendidih.
3. Siramkan ke atas puding susu yang telah disejukkan.
Selamat mencuba!
Sumber: mill.anwar
Baca juga: Resepi Puding Bandung Cincau Manis-Manis Lemak, Nak Hasil Cantik Tambah Bahan ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














