resepi agar agar sirap

Jom cuba resepi agar agar sirap ros yang legend ini. Agar-agar ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan sering dihidangkan sewaktu kenduri kendara.

Mudah saja nak buat agar-agar ini, tapi pastikan guna sukatan yang betul supaya hasilnya nanti tidak keras dan tidak lembik.

Memang tidak jemu bila makan kerana ia sangat nostalgia. Malah lebih bertambah sedap bila dimakan sejuk-sejuk.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan

Resepi Agar Agar Sirap Ros

resepi agar agar sirap

Bahan-bahan:

  • 20g agar-agar tali
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan sirap berperisa ros (dah sedia manis)
  • 3 hingga 4 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan gula dan gula batu. Sambung kacau lagi.

3.Tuangkan sirap berperisa ros, daun pandan serta secubit garam. Kacau sebati.

4. Biarkan ia masak sehingga mendidih.

5. Tapiskan ke dalam loyang 8 atau 9 inci. Biarkan sejuk di dalam peti sejuk.

6. Bila dah sejuk dan keras elok, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Nak tahu petua kira sukatan agar-agar supaya hasilnya menjadi elok? Jom baca: Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar, Mudah & Tak Pening Kepala.

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN