Agar-agar milo hasil perkongsian dari Ina Anizaina nampak ringkas tapi sebenarnya sangat sedap!
Menurut empunya resipi, pencuci mulut ini adalah kegemaran anak-anaknya.
Cara penyediaannya juga sangat ringkas untuk dicuba. Jom lihat resipi lengkap di bawah.
Resipi Mudah Agar-Agar Milo
Bahan-bahan:
- 1 paket agar2 Tali (25g)
- 4 cawan besar air (rujuk cawan dalam gambar)
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
- Secubit garam halus
Cara-cara penyediaannya:
1. Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.
3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.
4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.
5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.
Info:
- Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.
- Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.
- Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.
Kredit resipi: Ina Anizaina