Viral di TikTok tentang resepi Cloud Bread ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
CLOUD BREAD
Viral di TikTok tentang resepi Cloud Bread ini kerana warna rotinya yang sangat cantik dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Sangat menarik kan? Cloud Bread atau orang kita panggil Roti Awan yang gebu gebas ini merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Jom cuba menu yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
3 biji putih telur
30 gram gula kastor
10 gram tepung jagung
Kredit : Julia Aleen Aireish
CARA PENYEDIAAN
Pukul putih telur di dalam bekas dan masukkan gula kastor.
Masukkan tepung jagung, putar sehingga gebu kental (meringue). Jika suka, bahagikan kepada dua bahagian, warnakan dengan warna kesukaan.
Lapik loyang dengan baking paper, sudukan adunan seperti membukit. Tabur chocolate rice di atasnya.
Bakar 30-35 minit, suhu 160C atau bergantung pada oven masing-masing. Keluarkan dari oven dan sedia dinikmati.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.