Apa menu makanan anda hari ini? Bagaimana jika anda mencuba salah satu masakan istimewa iaitu Ikan Talapia Garing Bersos Limau. Resepi yang sangat sedap lagi-lagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh dihidangkan untuk 5-6 orang. Resepi ini juga mempunyai rasa yang unik iaitu rasa pedas dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Jadi apa kata kita cuba resepi Ikan Talapia Garing Bersos Limau yang dikongsikan oleh Marina Ismail di Facebook.
MyResipi
Nusantara
Medium

1 ekor ikan talapia
3 biji limau nipis (ambil jus)
3 sudu besar gula
3 biji cili padi merah (potong halus)
5 biji cili padi hijau (potong halus)
5 sudu besar sos ikan
7 ulas bawang putih (cincang halus)
2 tangkai daun ketumbar (potong halus)
Garam untuk lumur ikan
Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu.
Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika.
Tak perlu letak kunyit.
Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.
Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai garing..
Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.
Masukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi. Kacau dan rasa.
Dah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…