resepi udang masak merah

Tiada idea mahu masak apa menggunakan udang? Apa kata jom cuba resepi udang masak merah madu di bawah ini. Sangat sesuai jika digandingkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Bahan-bahan yang diperlukan juga kebanyakannya sudah ada di dapur. Hanya tinggal perlu beli udang yang segar. Kalau ada udang bersaiz besar, lagi bertambah padu. Jom cuba!

Baca juga: Cara Terbaik Pilih Udang Segar Di Pasar Raya, Perhati 4 Tanda Ini

RESEPI UDANG MASAK MERAH MADU

Bahan-bahan:

  • 500gram udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar(dipotong bulat)
  • 1 sudu besar kismis
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Serbuk perasa@garam (jika perlu)

Bahan kisar:

  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam air panas Dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.

4. Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Cara Buat Udang Kering Homemade Guna Oven, Tak Perlu Jemur!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN