resepi tomyam sedap

Kalau anda sedang mencari resepi tomyam sedap yang mudah, berkuah pekat dan penuh rasa, resipi ini memang wajib cuba. Tak perlu teknik yang rumit, cuma tumis beberapa bahan asas, campak semua bahan ke dalam periuk dan siap dalam masa yang singkat.

Keistimewaan tomyam ini terletak pada kuahnya yang creamy hasil tambahan santan. Gabungan rasa masam, pedas, lemak dan aroma herba seperti serai, lengkuas serta daun limau purut memang cukup menyelerakan. Lagi sedap kalau dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Paling menarik lagi, anda boleh masukkan pelbagai jenis sayur dan lauk mengikut cita rasa sendiri seperti udang, sotong, ayam atau makanan laut campur. Sesuai dimasak untuk makan tengah hari atau makan malam bersama seisi keluarga.

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Extra Crispy’, Nampak Simple Tapi Ramai Tertinggal Buat Teknik Ini

RESEPI TOMYAM SEDAP DAN CREAMY

resepi tomyam sedap

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato (dipotong dadu atau dikisar kasar)
  • Sedikit cili kisar
  • 2-3 sudu besar pes tomyam
  • 2-3 batang serai (dititik)
  • 1 ketul lengkuas sebesar ibu jari (dititik)
  • Akar daun ketumbar secukupnya
  • Air secukupnya
  • Sayur-sayuran pilihan
  • 1 biji bawang merah (dipotong empat)
  • 1 biji lada merah atau lada hijau (dititik)
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1/2 hingga 1 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Santan secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis tomato sehingga lembut dan layu.
  2. Masukkan sedikit cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan pes tomyam, kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan serai, lengkuas dan akar daun ketumbar. Tumis seketika sehingga naik bau.
  5. Tuangkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan bawang merah, lada merah atau lada hijau, serta daun limau purut.
  7. Masukkan sayur-sayuran dan lauk pilihan jika menggunakan udang, sotong atau ayam.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.
  9. Perah limau nipis ke dalam kuah dan kacau rata.
  10. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau perlahan sehingga kuah sebati. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama selepas santan dimasukkan supaya tidak pecah minyak.
  11. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Tomyam creamy ini memang sesuai untuk pencinta makanan berkuah yang suka rasa lemak, pedas dan masam dalam satu hidangan. Sekali cuba, memang boleh masuk dalam senarai menu kegemaran di rumah!

Sumber: Dapo Qaseh

Baca juga: Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Kuah Pekat Masam Pedas Semua Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN