resipi ikan kembung

Resipi ikan kembung memang antara menu harian yang sering menjadi pilihan ramai kerana harganya berpatutan dan mudah dimasak dalam pelbagai cara. Selain digoreng biasa atau dibuat kari, ikan kembung juga sangat sedap dimasak ala Thai dengan kuah pedas yang pekat dan beraroma.

Menu ini cukup terkenal di restoran Thai kerana gabungan rasa pedas, masam dan manis yang seimbang. Kuahnya yang menyelaputi ikan goreng rangup menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan. Tidak hairanlah ramai yang akan memesan lauk ini setiap kali makan di restoran Thai.

Kalau anda sedang mencari idea lauk tengah hari yang ringkas tetapi mampu membuka selera seisi keluarga, resipi ini memang wajib dicuba. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya juga tidak rumit. Paling penting, kuah pedas ala Thai ini memang sedap dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: Resipi Lawa Ikan Menu Orang Lama-Lama, Guna Ikan Segar & Rasa Masam Pedas Memang Padu!

RESIPI IKAN KEMBUNG PEDAS ALA THAI

resipi ikan kembung

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 sudu makan serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau kasturi (perah ambil jus)
  • 1/4 cawan air panas
  • 1/2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa
  • 2 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 10 biji cili api (dipotong)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam untuk perapan ikan

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dengan sedikit kunyit serta garam. Goreng sehingga masak dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, serai dan serbuk cili yang telah dibancuh sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, daun limau purut, jus limau kasturi, air panas, garam dan gula. Kacau sehingga semua bahan sebati dan kuah menjadi sedikit pekat.
  4. Rasa kuah dan sesuaikan kemasinan, kemanisan atau tahap kepedasan mengikut citarasa masing-masing.
  5. Masukkan bawang besar, cili api dan tomato. Gaul rata dan masak seketika sehingga sayur-sayuran sedikit layu tetapi masih segar.
  6. Curahkan kuah pedas ala Thai di atas ikan kembung goreng yang telah disediakan tadi.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Ena Linda

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan, Tumis Dengan Bahan Ringkas Ini Saja Tapi Memang Membuka Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN