tomyam seafood

Kadang-kadang teringin sangat nak makan tomyam seafood panas-panas, tapi bila fikir nak keluar pergi beli, terus rasa malas. Lagi-lagi kalau hujan atau penat balik kerja, memang nak yang cepat, mudah dan boleh masak sendiri di rumah.

Sebenarnya, cara buat tomyam seafood ini tak susah pun. Tak perlu tumis, tak perlu minyak, tapi hasilnya tetap pekat dan padu macam di kedai. Rahsianya cuma satu iaitu guna kepala udang untuk hasilkan kuah yang lebih ‘kaw’ dan berperisa.

Resipi ini memang sesuai untuk anda yang nak masak cepat tapi tetap nak rasa tomyam yang power. Boleh letak apa-apa jenis seafood ikut selera dan confirm sekali cuba terus jadi kegemaran seisi keluarga!

Baca juga: Kerang Rebus Ala Thai Pedas Masam, Sekali Cuba Terus Tak Berhenti Makan Sebab Tak Cukup!

RESEPI TOMYAM SEAFOOD SEDAP KALAH KEDAI THAILAND

tomyam seafood

Bahan-bahan:

  • Seafood (ikut selera)
  • Udang
  • Sotong
  • Isi ikan atau apa-apa seafood lain

Bahan kisar:

  • Bawang merah

Bahan hiris/ketuk:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Serai (dititik)
  • Lengkuas (dititik)
  • Daun limau purut
  • Cili padi (ikut tahap pedas)
  • Tomato
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar

Bahan lain:

  • Pes tomyam
  • Pes cili Thai
  • Air limau nipis
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus kepala udang bersama sedikit air sehingga keluar rasa manis udang.
  2. Kemudian, kisar kepala udang bersama air rebusan tadi dan tapis untuk dapatkan pati kuah. Ketepikan.
  3. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian tuangkan pati kepala udang yang telah ditapis tadi.
  4. Masukkan bawang merah yang telah dikisar ke dalam periuk. Ini akan membantu memekatkan kuah tanpa perlu tumis.
  5. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan diketuk seperti bawang holland, bawang putih, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, tomato dan akar ketumbar.
  6. Tambahkan pes tomyam dan pes cili Thai. Biarkan kuah mendidih dan naik bau.
  7. Masukkan seafood pilihan seperti udang, sotong dan isi ikan. Masak sehingga seafood masak sepenuhnya.
  8. Perasakan dengan sos ikan, garam, gula dan air limau nipis mengikut citarasa.
  9. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Sumber: Thread @copieaaaa_

Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN