
Biasanya makan Telur Masin di kedai nasi campur saja, tapi selepas ini anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Telur Masin yang menggunakan dua bahan mudah saja.
Ramai yang beli Telur Masin sudah siap di kedai runcit atau pasar, tapi sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah. Tambahan pula, lebih jimat dan tahan lama.
Buat anda yang baru kali pertama buat Telur Masin di rumah, boleh ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Halim Sue di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali
RESEPI TELUR MASIN

Bahan-bahan:
- 70 biji telur itik
- 1kg garam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, basuh telur dan ketepikan terlebih dahulu, kemudian susun dalam balang.

2. Selepas itu, ambil garam dan letakkan dalam bekas.

3. Kemudian, masukkan air dan gaul sampai sebati (tak perlu guna air panas dan boleh guna air apa-apa saja).
4. Seterusnya, tuang dalam balang yang disusun telur tadi sampai penuh.
5. Tutup rapat dan tandakan tarikh. Telur akan masin elok lebih kurang dalam 13 hingga 14 hari.

6. Nak letak balang di mana-mana ruang dapur pun boleh dan telur boleh dimakan dengan apa-apa jenis lauk. Siap!
Siapa sangka dengan hanya menggunakan dua bahan, anda boleh buat sendiri Telur Masin yang sedap dan tahan lama di rumah. Bukan saja lebih bersih, malah jimat dan puas hati.
Selepas ini, tak perlu susah payah keluar untuk beli yang siap dekat kedai dan resepi ini memang sesuai jika anda nak buat stok Telur Masin di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Halim Sue
Baca juga: Cara Buat Telur Masin Homemade Lebih Wangi, Isi Pun Terlajak Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














