telur masak sos

Kalau ada telur di rumah dan tak tahu nak masak apa, resipi telur masak sos ini memang sesuai dicuba. Bahan-bahannya ringkas saja, tapi rasa dia memang luar biasa.

Lauk ringkas macam ini memang sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam. Cukup dengan satu lauk ini saja pun dah boleh buat kita berselera dan bertambah-tambah makan.

Baca juga: Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Lagi Padu Bila Kuning Telur Cair Meleleh!

RESEPI TELUR MASAK SOS

telur masak sos

Bahan A (telur goreng):

  • 5 biji telur – digoreng hingga masak mengikut citarasa (boleh buat telur mata atau telur dadar)

Bahan B (untuk menumis):

  • Minyak masak (secukupnya untuk menumis)
  • 10 biji cili padi (dipecahkan atau diketuk kasar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 senduk sos cili
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur satu persatu atau sekaligus mengikut kesukaan anda. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, buang sedikit minyak jika berlebihan. Tumis bawang besar dan cili padi hingga naik bau dan sedikit layu.
  3. Tambahkan dua senduk sos cili ke dalam tumisan. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula.
  5. Masukkan semula telur yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul perlahan supaya telur bersalut dengan sos.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Dato Sri Kucing

Baca juga: Cara Masak Sambal Telur Pecah Senang & Padu, Ikut Resipi Ini Memang Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN