cara masak sambal telur

Cara masak sambal telur pecah ini memang boleh jadi penyelamat bila gaji belum masuk dan dompet sudah mula kering. Menu ringkas tapi penuh rasa ini sering jadi pilihan bila nak berjimat.

Sambal telur pecah juga antara lauk bajet yang boleh disediakan dengan bahan asas yang memang selalu ada di dapur. Sangat sesuai untuk hari-hari kita perlu berjimat, tapi tetap nak makan sedap dan puas.

Baca juga: Cara Buat Telur Mata Masam Manis, Lauk Simple Tapi Rasa ‘Kayangan’

CARA MASAK SAMBAL TELUR PECAH

cara masak sambal telur

Bahan-bahan:

  • Beberapa biji telur (ikut jumlah hidangan)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil gula
  • Kicap manis
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan cili masak sempurna.
  4. Tambahkan asam keping, gula, garam dan perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan kicap manis dan kacau lagi hingga sebati dengan sambal.
  6. Pecahkan telur satu persatu ke dalam sambal. Biarkan seketika sehingga bahagian putihnya mula mengeras.
  7. Kacau perlahan dengan sudip, cukup sekadar pecah-pecahkan sedikit, tapi jangan kacau terlalu kuat hingga hancur.
  8. Biarkan seketika hingga telur masak sepenuhnya mengikut tahap yang diingini.
  9. Siap untuk dihidangkan! Memang padu dimakan dengan nasi panas.

Sumber: Asma Shukri

Baca juga: Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN