
Kadang-kadang lauk yang paling sedap bukanlah yang menggunakan bahan mahal atau cara masakan yang rumit. Jika anda sedang mencari idea lauk yang mudah dan cepat disediakan, resepi telur kicap simple ini memang wajib dicuba.
Dengan beberapa bahan asas yang memang tersedia di dapur, anda sudah boleh menghasilkan hidangan yang cukup menyelerakan untuk dinikmati bersama nasi panas. Perkongsian daripada Juma Natull ini membuktikan bahawa masakan ringkas juga mampu membuatkan seisi keluarga makan bertambah.
Baca juga: Petua Telur Dadar Gebu Ala Kedai Tomyam, Rupanya Guna Air & Teknik ‘Wow’ Ini Je!
RESEPI TELUR KICAP SIMPLE

Bahan-bahan:
- 4 biji telur ayam
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 3 hingga 5 biji cili padi (dihiris)
- 3 sudu besar kicap manis
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- 1 biji tomato (dipotong baji)
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng telur sehingga masak mengikut tahap yang disukai. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan sedikit minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis, garam dan lada sulah. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan sedikit air dan biarkan kuah mendidih seketika.
5. Masukkan telur goreng bersama hirisan tomato.
6. Masak menggunakan api sederhana sehingga kuah sedikit pekat dan meresap ke dalam telur.
7. Setelah kuah menyusut dan kelihatan berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Jika suka rasa pedas, tambahkan lebih banyak cili padi mengikut citarasa.
- Gunakan telur mata kerbau untuk mendapatkan tekstur yang lebih menarik apabila disaluti kuah kicap.
- Tambahkan bawang besar lebih banyak untuk rasa manis semula jadi yang lebih sedap.
- Boleh campurkan sedikit kicap lemak manis untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan beraroma.
- Hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih dan ulam kegemaran untuk pengalaman makan yang lebih menyelerakan.
Memang betul kata ramai, kadang-kadang lauk paling ringkas inilah yang paling cepat habis di atas meja makan. Dengan rasa kicap yang meresap pada telur goreng serta aroma bawang dan cili yang menaikkan selera, tidak hairanlah resepi telur kicap simple ini menjadi pilihan ramai untuk menu harian keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Juma Natull
Baca juga: Telur Bistik Sempoi Kuah Pekat Pedas Manis, Lauk Bajet Tapi Memang Sumpah Membuka Selera
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














