petua telur dadar gebu

Petua telur dadar gebu sering jadi topik yang ramai cari, lebih-lebih lagi bila nampak telur dadar di kedai tomyam lebih tebal, rangup di luar tetapi lembut dan juicy di dalam. Walaupun nampak simple, sebenarnya ada teknik tertentu yang buat hasilnya jadi lebih sedap dan menyelerakan.

Menerusi perkongsian oleh Uzma Finaz di Threads, dia berkongsi rahsia yang dikatakan digunakan oleh tukang masak kedai tomyam untuk hasilkan telur dadar yang fluffy, crispy dan tak berminyak.

Baca juga: Cara Pilih Telur Ayam Segar Dan Bagus, Tengok Kulit Terus Tahu Baru Atau Lama!

PETUA TELUR DADAR GEBU YANG RAMAI TAK TAHU

petua telur dadar gebu

Menurut perkongsian tersebut, ramai sebenarnya tersilap bila sangka tepung ialah bahan utama untuk bagi telur jadi tebal. Hakikatnya, cuma perlu guna sedikit air dan teknik yang betul.

Ini antara petua yang dikongsikan:

  • Letakkan sedikit air ke dalam telur
  • Pukul telur sampai betul-betul kembang
  • Gunakan kuali dan minyak yang panas berasap
  • Tak perlu tambah tepung

Gabungan teknik ini bantu hasilkan telur dadar yang lebih gebu di bahagian dalam, tetapi masih garing dan crispy di luar.

Kenapa Letak Air Dalam Telur?

Ramai tak sangka, sedikit air sebenarnya boleh bantu tekstur telur jadi lebih ringan dan lembut. Bila telur dipukul bersama air sehingga kembang, lebih banyak udara akan terperangkap dalam bancuhan telur.

Sebab itu bila digoreng, telur akan naik lebih cantik, nampak tebal dan tidak terlalu padat.

Minyak Kena Betul-Betul Panas

Selain cara pukul telur, suhu minyak juga memainkan peranan penting. Tukang masak kedai tomyam biasanya akan pastikan minyak cukup panas sebelum telur dituang ke dalam kuali.

Teknik ini bantu bahagian luar telur cepat garing dan rangup, manakala bahagian dalam masih kekal juicy. Kalau minyak tak cukup panas, telur mudah serap minyak dan jadi lembik.

Tak Perlu Tepung Pun Dah Jadi Sedap

Salah satu perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah telur dadar ini langsung tak menggunakan tepung. Walaupun tanpa bahan tambahan, hasilnya tetap nampak tebal, gebu dan menyelerakan macam di restoran.

Ramai netizen turut mengaku baru tahu rahsia sebenar telur dadar ala kedai tomyam rupanya terletak pada teknik, bukan bahan yang banyak.

Kalau selama ini telur dadar di rumah asyik jadi keras atau nipis, mungkin boleh cuba petua telur dadar gebu ini sendiri. Kadang-kadang perubahan kecil dalam cara masak memang boleh bagi hasil yang jauh berbeza.

Semoga bermanfaat!

Sumber: uzma_finaz

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN