resepi telur dadar tebal

Lauk paling cepat masak dan disukai ramai pada pertengahan bulan, mestilah resepi Telur Dadar tebal. Makan dengan kicap dan nasi panas saja, sudah cukup menyelerakan.

Terdapat banyak versi yang boleh dibuat, tapi ramai yang suka Telur Dadar tebal dan sedap kerana puas nak makan. Kadangkala, makan sepotong pun rasa tak cukup.

Kali ini, kami kongsikan resepi Telur Dadar tebal daripada blog wanisukarno.com. Setelah siap, tak sangka hasilnya sangat gebu dan sedap dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak

RESEPI TELUR DADAR TEBAL

resepi telur dadar tebal

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 hingga 2 biji bawang merah sederhana potong dadu
  • 3 tangkai lada (dipotong bulat)
  • Daun sup secukupnya (pilihan)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit jus limau nipis

resepi telur dadar tebal

Cara-cara buat:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu dan juga lada.
  3. Masukkan garam dan perah limau nipis.
  4. Kacau telur sampai sebati (kacau manja saja). Biarkan sekejap sementara nak goreng.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar. Biar sampai minyak betul-betul panas. Jangan letak banyak minyak.
  6. Semasa nak goreng, tuang telur dari atas, angkat tinggi dan goreng kedua-dua belah sampai garing.
  7. Sambil-sambil goreng, boleh masukkan daun sup.

Sumber: wanisukarno.com

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN