resepi telur bungkus

Setiap kali ke kedai makan, telur bungkus merupakan salah satu menu yang sering dipesan. Ia juga menjadi kegemaran anak-anak kerana tidak pedas.

Rupanya mudah saja kalau ibu-ibu nak cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan cara penyediaannya juga tidak sukar.

Kalau buat sendiri lagi puas hati, boleh letak inti sebanyak mana yang disukai. Ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Eriyka Syhka di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Nak Buat, Sama Sedap Macam Di Kedai

RESEPI TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan:

  • Isi ayam cincang
  • Sayur campur
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili kisar sedikit
  • Sos cili
  • Sos tiram

Cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga agak garing.

2. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap, masukkan pula isi ayam. Tuangkan juga sedikit air untuk masak isi ayam.

3. Masukkan sayur campur dan bawang holland. Masak sehingga kuah agak kering. Perasakan dengan garam dan perasa secukup rata.

4. Bila dah cukup rasa, boleh tutup api. Asingkan kuah, takut masa bungkus nanti kuah meleleh.

resepi telur bungkus

Cara untuk bungkus:

1. Pukul 2 biji telur. Sambil itu boleh panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Golekkan kuali untuk ratakan minyak. Pastikan minyak rata dan tidak bertakung dalam kuali, nanti telur tak melekat pada tepi kuali.

2. Perlahankan api, kemudian curahkan telur dan golekkan kuali untuk ratakan telur sehingga penuh kuali.

3. Bila nampak telur dah separuh masak, letakkan inti ayam tadi di tengah-tengah telur. Tunggu sehingga telur masak, kemudian lipat telur dengan kemas.

4. Ambil pinggan, letak atas telur yang sudah dilipat dan terbalikkan kuali sambil pegang pinggan. Lebih baik guna kuali sederhana, jika kuali besar susah nak terbalikkan.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi telur bungkus

Kredit resipi dan gambar: Eriyka Syhka

Baca juga: Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Punyalah Sedap Kalah Kedai Siam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN