resepi telur bistik simple

Kalau tengah buntu nak masak apa, jom cuba resepi telur bistik simple ini. Ringkas saja tapi hasilnya sedap luar biasa! Cuma goreng telur mata, sediakan kuah bistik dan tuang atasnya. Dah cukup buat nasi bertambah dua pinggan.

Resipi ini sesuai sangat untuk hari malas nak masak lauk banyak-banyak. Campuran sos tiram, sos cili dan sos tomato buat rasa dia manis, masin dan pedas cukup seimbang. Lagi wangi bila ditumis dengan bawang dan cili, memang harum satu dapur!

Baca juga: Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Menu Bajet Hujung Bulan Tapi Buat Bertambah Nasi!

RESEPI TELUR BISTIK SIMPLE

resepi telur bistik simple

Bahan-bahan:

  • Telur (goreng mata kerbau)
  • Ayam cincang
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili merah (potong dadu)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos ikan
  • Air
  • Gula dan serbuk perasa
  • Daun bawang untuk taburan

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar serta cili hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak.
  3. Tambahkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air.
  4. Masukkan sos ikan, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga kuah sedikit pekat.
  5. Tuang kuah bistik ke atas telur mata yang telah digoreng.
  6. Taburkan daun bawang di atasnya dan siap untuk dihidang!

Sumber: Iera Zahera

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Goreng Dengan Telur Kicap Pedas, Menu Ringkas Tapi Padu Habis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN