telur berlado

Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat.

Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap.

Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat!

RESEPI TELUR BERLADO

telur berlado

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Lada merah besar*
  • Cili hijau*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Sos tiram
  • Cukup rasa
  • Air

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup rasa atau sedikit garam mengikut selera. Masukkan sedikit air.
  4. Biarkan sambal mendidih selama 2-3 minit supaya semua bahan sebati dan masak sepenuhnya. Kacau sesekali supaya tidak hangus di bahagian bawah.
  5. Pecahkan telur satu per satu ke dalam sambal. Anda boleh buat lubang kecil di antara sambal untuk meletakkan telur agar ia masak dalam bentuk cantik dan tidak bercampur. Jangan kacau.
  6. Tutup kuali dan biarkan telur masak mengikut tahap masak yang diingini. Biasanya sekitar 3 minit.
  7. Setelah telur masak, matikan api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Puan Arma Abdul Rahman

Baca juga: Resipi Telur Dadar Rangup, Kembung & Tak Serap Minyak, Baru Sedap Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN